Penambahan Pecahan
Posted by
Cikgu Fieza
on Sunday, 30 October 2011
/
Comments: (0)
1. Cara menambah pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama.
Contoh: 1/4 + 2/4 = 3/4
Bagi pecahan wajar yang penyebutnya sama kita hanya perlu menambah pengangkanya sahaja. Jangan ditambah penyebutnya. Kesilapan banyak dilakukan oleh pelajar dengan menambah kesemua pengangka dan penyebutnya.
Cara Begini Salah : 1/4 + 2/4 = 3/8
2. Cara menambah pecahan wajar apabila satu daripada penyebutnya adalah gandaan penyebut yang lain.
Contoh:
2/3 + 1/6 = 2 / 3 X 2/ 2 + 1/6
= 4/6 + 1/6
= 5/6
Tukarkan pecahan 2/3 kepada pecahan per enam dengan mendarab pengangka dan penyebutnya dengan 2.
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan mencampur pengangka dan penyebutnya sekali gus.
Cara Begini Salah : 2/3 + 1/6 = 3/9
3. Cara menambah pecahan wajar apabila penyebutnya tidak ada faktor sepunya.
2/3 + 3/5 = 2/3 X 5/5 + 3/3 X 3/5
= 10/15 + 9/15
=19/15
= 1 4/15
4. Pelajar juga boleh menyelesaikan masalah operasi tambah tiga pecahan seperti berikut:
(a). Menambah tiga
pecahan wajar yang penyebutnya sama.
Contoh:
1/8 + 3/8 + 5/8 = 1/8 + 3/8 + 5/8
= 9/8 ( JANGAN LUPA MENUKAR PECAHAN TAK WAJAR KEPADA NOMBOR BERCAMPUR)
= 1 1/8
(b). Pelajar juga boleh
menambah tiga pecahan yang penyebutnya
tidak sama.
Contoh:
Contoh yang melibatkan pecahan
Posted by
Cikgu Fieza
on Thursday, 20 October 2011
/
Comments: (0)
Sebuah pecahan
adalah sebahagian daripada keseluruhan.
satu per dua @ one-half
satu per empat @ one-quarter
tiga per lapan @ three-eighths
lihat contoh di bawah:
nombor
bercampur + nombor bulat
Sekiranya nombor bercampur ditambah dengan nombor bulat, maka;
TAMBAH NOMBOR BULAT terlebih dahulu.
Perbezaan di antara pecahan wajar, pecahan tidak wajar dan pecahan bercampur
Posted by
Cikgu Fieza
on Tuesday, 4 October 2011
/
Comments: (10)
Mari kita lihat apakah perbezaan antara ketiga-tiga jenis pecahan ini.
contohnya:
1) Pecahan wajar = hasil bahagi/ nombor pecahan < 1
2) Pecahan tidak wajar = hasil bahagi/nobor pecahan > 1
manakala, pecahan bercampur adalah paling mudah dikenalpasti apabila nombor bulat beserta pecahan digabungkan bersama.
Untuk kefahaman yang lebih jelas, kita boleh bezakan antara pecahan wajar dan tidak wajar berdasarkan nilai dalam bentuk perpuluhan.
contohnya:
1) Pecahan wajar = hasil bahagi/ nombor pecahan < 1
2) Pecahan tidak wajar = hasil bahagi/nobor pecahan > 1
manakala, pecahan bercampur adalah paling mudah dikenalpasti apabila nombor bulat beserta pecahan digabungkan bersama.
Jenis-jenis pecahan
Posted by
Cikgu Fieza
on Sunday, 2 October 2011
/
Comments: (0)
terdapat 3 jenis PECAHAN iaitu:
ü pecahan wajar (proper fraction)
ü pecahan tidak wajar (improper fraction)
ü pecahan bercampur (mixed fraction)









