Penambahan Pecahan
Posted by
Cikgu Fieza
on Sunday, 30 October 2011
/
Comments: (0)
1. Cara menambah pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama.
Contoh: 1/4 + 2/4 = 3/4
Bagi pecahan wajar yang penyebutnya sama kita hanya perlu menambah pengangkanya sahaja. Jangan ditambah penyebutnya. Kesilapan banyak dilakukan oleh pelajar dengan menambah kesemua pengangka dan penyebutnya.
Cara Begini Salah : 1/4 + 2/4 = 3/8
2. Cara menambah pecahan wajar apabila satu daripada penyebutnya adalah gandaan penyebut yang lain.
Contoh:
2/3 + 1/6 = 2 / 3 X 2/ 2 + 1/6
= 4/6 + 1/6
= 5/6
Tukarkan pecahan 2/3 kepada pecahan per enam dengan mendarab pengangka dan penyebutnya dengan 2.
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan mencampur pengangka dan penyebutnya sekali gus.
Cara Begini Salah : 2/3 + 1/6 = 3/9
3. Cara menambah pecahan wajar apabila penyebutnya tidak ada faktor sepunya.
2/3 + 3/5 = 2/3 X 5/5 + 3/3 X 3/5
= 10/15 + 9/15
=19/15
= 1 4/15
4. Pelajar juga boleh menyelesaikan masalah operasi tambah tiga pecahan seperti berikut:
(a). Menambah tiga
pecahan wajar yang penyebutnya sama.
Contoh:
1/8 + 3/8 + 5/8 = 1/8 + 3/8 + 5/8
= 9/8 ( JANGAN LUPA MENUKAR PECAHAN TAK WAJAR KEPADA NOMBOR BERCAMPUR)
= 1 1/8
(b). Pelajar juga boleh
menambah tiga pecahan yang penyebutnya
tidak sama.
Contoh: