RSS

Pages

Penambahan Pecahan


1.   Cara menambah pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama. 
     Contoh: 1/4 + 2/4 = 3/4

Bagi pecahan wajar yang penyebutnya sama kita hanya perlu menambah pengangkanya sahaja. Jangan ditambah penyebutnya. Kesilapan banyak dilakukan oleh pelajar dengan menambah kesemua pengangka dan penyebutnya.
Cara Begini Salah : 1/4 + 2/4 = 3/8

2.    Cara menambah pecahan wajar apabila satu daripada penyebutnya adalah gandaan penyebut yang lain.

Contoh:
2/3 + 1/6 = 2 / 3 X 2/  2 + 1/6
                = 4/6 + 1/6
                = 5/6

Tukarkan pecahan 2/3   kepada pecahan per enam dengan mendarab pengangka dan penyebutnya dengan 2.

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan mencampur pengangka dan penyebutnya sekali gus.
Cara Begini Salah : 2/3 + 1/6 = 3/9


3.      Cara menambah pecahan wajar apabila penyebutnya tidak ada faktor sepunya.

 2/3 + 3/5 = 2/3 X 5/5 + 3/3 X 3/5
                = 10/15 + 9/15
                =19/15
                = 1 4/15

4.  Pelajar juga boleh menyelesaikan masalah operasi tambah tiga pecahan seperti  berikut:




      (a).   Menambah tiga pecahan wajar yang penyebutnya sama.

Contoh:
1/8 + 3/8 + 5/8 = 1/8 + 3/8 + 5/8
                           = 9/8  ( JANGAN LUPA MENUKAR PECAHAN TAK WAJAR KEPADA NOMBOR BERCAMPUR)
                           = 1 1/8 

    (b).   Pelajar juga boleh menambah tiga pecahan yang  penyebutnya tidak sama.
     Contoh:

0 comments:

Post a Comment